SEBARANG PERTANYAAN AMAT DIALU-ALUKAN :

013-2490921 (WA/MSG/TEL)
011-26173613 (WA/MSG/TEL)
Aida Airul Belove -FB

Khamis, 10 Oktober 2013

COKLAT LOLIPOP EDIBLE IMAGE (MICKEY)


*coklat lolipop edible image (baby disney) ni saya buat masa sambut birthday anak.

*sape yg berminat nk buat sambutan birthday anak untuk dijadikn gift dalam beg bole kol/msg 0132490921.
*maklumat mengenai coklat apa yg saya gunakan bole tgok2 blog saya ni.
*100% homemade coklat..dijamin halal dan bersih.

  

Isnin, 30 September 2013

JUALAN MINGGUAN

assalamualaikum

ni jualan mingguan yg sempat aku buat untuk letak opis dan kedai luar.

jom cuba klau berminat...


TRIFFLE PERISA LEMON/OREN


KEK COKLAT KUKUS



Rabu, 25 September 2013

sticker untuk PUTRI HOMEMADE

assalamualaikum
harini sy cuba buat sticker untuk bisnes PUTRI HOMEMADE sy.
jom tgok..



Jumaat, 6 September 2013

TEMPAHAN UNTUK HARI RAYA 2013

Tempahan yg dibuat sempena hari raya 2013, thanks kawan-kawan yg order dr saya tempoh hari.insyaallah tahun depan boleh buka lg untuk tempahan.Semuanye hasil usaha dr saya sendiri.

antaranye Popiah Simpul Bersira Gula, Serunding Popiah, Cornflakes Almond Coklat, Almond London



KUIH TEPUNG PELITA

Dibuka untuk sesiapa yg berminat untuk membuat tempahan bg majlis kesyukuran,hari jadi,dll. Disediakan di dalam cup (seperti gambar). Sebarang pertanyaan amatlh di alu-alukan.




Isnin, 1 Julai 2013

ALMOND LONDON

assalamualaikum..
hari ini open order untuk biskut raya 'almond london'
sebotol  - rm25.00 sahaja/ tidak kira biji/ saiz m
jika berminat untuk order raye sila msg/wassap : 013-2490921


Isnin, 24 Jun 2013

OPEN ORDER PUDING TRIFFLE

assalamualaikum..
harini saya open order untuk puding triffle pelbagai rasa mango,lemon,strawberry dll.
Jika berminat sms/tel 013-2490921



Isnin, 3 Jun 2013

COKLAT

salam semua..harini ada perkongsian sedikit mengenai kebaikan coklat.saya membuat coklat homemade ni menggunakan coklat jenama Beryl's. walaupun harganye agak mahal tp saya nak menggunakan supaya hasil coklat yang ditempah oleh puan2 agak baik @ sedap bile dimakan.saya tidak mementingkan untung tetapi hasil yang dijual biarlh ikhlas.


ok ini adalah 3 jenis coklat Beryl's yang ada dipasaran, seperti :

i.   coklat gelap (dark chocolate)
ii.  coklat susu (milk chocolate)
iii. coklat putih (white chocolate)

dengan itu puan2 yang ingin menempah coklat bolelh pilih jenis coklat tersebut.

Ketahuilh Proses Penghasilan Koko ini :

Proses penghasilan coklat daripada koko adalah rumit dan hanya sesuai dijalankan melalui pengilangan. Bahan utama seperti massa koko, lemak koko, gula dan dan susu dicampur pada kadar berbeza bergantung pada coklat yang ingin dihasilkan.Coklat gelap atau pahit dihasilkan dengan menggabungkan massa koko, lemak koko, gula, lesitin (bahan pengemulsi) dan vanilin (perisa vanila). Manakala untuk coklat susu, susu tepung akan ditambah untuk memberikan rasa lemak dan berkrim. Untuk menghasilkan coklat putih pula, massa koko yang berwarna coklat tidak dimasukkan.

Coklat gelap
  • Massa koko
  • Lemak koko
  • Gula
  • Lesitin
  • Vanilin
Coklat susu
  • Massa koko
  • Lemak koko
  • Gula
  • Susu tepung
  • Lesitin
  • Vanilin
Coklat putih
  • Lemak koko
  • Gula
  • Susu tepung
  • Lesitin
  • Vanilin
 Fakta Pemakanan Coklat :

Coklat Gelap
Coklat Susu
Kalori (Kcal/100 g)
555.57
551.61
Lemak (g/100 g)
  • Monotaktepu
  • Politaktepu
  • Asid Lemak Trans
34.05
  • 32.42
  • 3.83
  • Nil
33.50
  • 31.96
  • 3.55
  • Nil
Protein (g/100 g)
7.02
9.25
Kelembapan (g/100 g)
0.36
1.14
Abu (g/100 g)
1.96
2.29
Karbohidrat (g/100 g)
53.90
52.75
Serat Kasar (crude fibre)(g/100 g)
2.71
1.09
Vitamin A (mg/100 g)
0.37
0.67
Vitamin B2 (mg/100 g)
0.33
0.57
Polifenol (mg GAE/100 g)
1656
370

Ihsan dari : Internet

Selasa, 22 Januari 2013

KEBAIKAN KHASIAT KOKO

Kebaikan Khasiat Koko

Setelah kita mengetahui sedikit aspek mengenai makanan bolehlah kita mempertimbangkan pula mengenai koko dan coklat. Mungkin benar apabila dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya. Walau bagaimanapun, ia menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.

Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.

*Untuk keterangan selanjutnya sila rujuk artikel berkaitan khasiat koko dan nilai zat pada coklat, lemak koko dan serbuk koko.

Kesan antioksida poliphenol dalam koko :
Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :
Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :
Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan :
Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.



Coklat kosong
Coklat susu
Tenaga
511 kcal
514 kcal
Lemak
32.3 g
29.0 g
Protein
4.1 g
8.1 g
Karbohidrat
51.9 g
56.1 g
Zat Besi
2.3 mg
0.8 mg
Kalsium
29.0 mg
233.0 mg
Tiamin
0.04 mg
0.09 mg
Riboflavin
0.02 mg
0.3 mg
Niasin
0.4 mg
0.4 mg
Vitamin A
22.0 mg
84.0

Isnin, 21 Januari 2013

COKLAT LOLIPOP

50 batang coklat lolipop edible image kartun disney untuk besday muhammad ammar putra.


diletakkan dalam beg goodies nnt


Khamis, 17 Januari 2013

COKLAT LOLIPOP STICK

Coklat-coklat untuk tempahan.




coklat lolipop stick ni saya yang hasilkan